Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kemenangan Tengku Amirul dibatal

SHAH ALAM 23 MEI: Tengku Amirul Haffirudin, pendahulu kategori CP115 dikenakan tindakan selepas mempamerkan aksi kurang semangat kesukanan semasa perlumbaan akhir pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pasir Mas, Kelantan.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu didapati memasuki ke laluan pelumba lain sewaktu perlumbaan akhir CP115 bermula.

CP115 riderAkibat tindakan itu menyebabkan tiga pelumba terbabit kemalangan dan perlumbaan dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden iru .

Selepas siasatan steward perlumbaan, keputusan Tengku Amirul dikeluarkan daripada Pusingan 4 dan menyaksikan Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berada di kedudukan kedua muncul juara perlumbaan diikuti pelumba M Seki Liberty Honda, Mohd Aznil Mohd Ali dan pelumba GiVi Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yang naik ke kedudukan kedua dan ketiga.

Tengku Amirul kehilangan 25 mata kejuaraan yang dimenangi sebelum ini namun tidak menjejaskan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 70 mata.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.