Categories
NASIONAL

Di dera, Puisi Pak Said atas kertas tandas penjara diseludup keluar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Pengaruh bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari ditakuti pemerintah di Singapura sehingga sanggup bertindak mendera Said apabila mengetahui puisi karya beliau berjaya diseludup keluar dan diterbitkan.

Salah seorang rakan rapat beliau, Dr Syed Husin Ali berkata, hal itu berikutan puisi karya Said yang ditulis di atas kertas tandas itu mengandungi puisi bertemakan perjuangan.

Said Zahari“Semasa ditahan Said belajar bahasa Cina dan dia mengajar kawan dalam tahanan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dia menulis sajak bukan di atas kertas biasa tetapi di menulis di atas kertas tandas dan Usman Awang, Dr Rajakumar dan saya dapat seludup keluar yang kemudiannya bukunya diterbitkan.

“Sebenarnya ada satu lagi set sajak dikeluarkan tetapi kita tak terbitkan kerana banyak kesulitan yang berlaku kepada Said dan banyak tekanan kepada kami apabila set pertama tadi diterbitkan.

“Kami tidak terbitkan bukan kerana tidak tahan tekanan tetapi tidak mahu Said didera dalam tahanan,” kata Syed Husin pada Majlis Memperingati Said Zahari di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, di sini, semalam.

Katanya buku puisi Said yang mempunyai 55 halaman itu disusun oleh Usman Awang dan diterbitkan Penerbitan Setia Murni pada 1973.

Mengimbas kembali saat Said ditahan, Syed Husin memberitahu beliau ditahan sebaik sahaja dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat yang bergerak di Singapura.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.