Categories
SELANGOR

DNS dipilih tuan rumah Persidangan Speaker Parlimen dan DUN Malaysia 2017

OLEH : NAZLI IBRAHIM

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Dewan Negeri Selangor (DNS) mara selangkah lagi apabila diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia tahun hadapan.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata DNS terpilih sebagai tuan rumah apabila ahli mesyuarat Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia yang dihadiri Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia hari ini sebulat suara bersetuju untuk menerima tawaran yang dikemukakan DNS.

Hannah Yeoh pic“Saya gembira Selangor diberi kepercayaan dan peluang untuk menjadi tuan rumah. Ini menunjukkan kematangan semua Speaker kerana tidak lagi melihat sama ada negeri kerajaan atau negeri pembangkang. Kita sudah melangkah ke hadapan.

“Kita bida dan tiada bantahan, semua Speaker setuju,” kata Hannah Yeoh kepada SelangorKini pada hari pertama Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum itu, persidangan dua hari yang dipengerusikan Speaker Dewan Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Persidangan itu diadakan bagi membolehkan semua Speaker Parlimen dan Dewan-dewan negeri membincangkan pelbagai sudut bagi menambahbaik sistem sedia ada.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.