Categories
SELANGOR

Empangan Sungai Selangor 61.93%, pengguna disaran berjimat

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 MEI: Empangan Sungai Selangor terus mencatatkan penurunan sehingga 61.93 peratus berbanding 63.70 Selasa lalu (26 April).

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), ia menurun sebanyak 1.77 peratus dengan taburan hujan 7.30 mm3.

Sementara itu, Empangan Batu mencatatkan takungan 69.80 peratus, Semenyih (67.68 peratus) dan Langat (75.76 peratus).

catu airManakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 83.76 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.17 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 57.75 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 46.60 peratus dicatatkan.

Rata-rata empangan itu menurun sebanyak dua hingga empat peratus sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri memantau paras air di empangan dan Sungai di Selangor hampir setiap jam.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup untuk seluruh penduduk.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri juga yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal diambil.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran fenomena El-Nino melanda negara bermula Januari lalu dijangka menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu 0.5 hingga 0.2 peratus berbanding biasa.

Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun sekali dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan faktor pemanasan global yang semakin serius.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.