Categories
NASIONAL

Hanya kabinet boleh gugur status OSA laporan audit 1MDB

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Status Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 Laporan Audit berhubung syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya dinyah-rahsia hanya boleh ditentukan kabinet.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Ariffin, berkata PAC hanya mempunyai kelayakan membentangkan rumusan hasil Laporan Audit kepada Parlimen sahaja.

hasan ariffin PACKatanya, ia adalah keperluan dalam Perlembagaan dan dibentangkan sendiri Ketua Audit Negara di Parlimen berbanding Laporan Ketua Audit Negara.

“Laporan Audit berhubung 1MDB, kabinet akan putuskan. Kabinet meminta (Jabatan) Audit membuat laporan dan dibentangkan kepada PAC.

“Berdasarkan kepada Laporan Audit, kita (PAC) rumus dan bentangkan kepada Parlimen. Soal nak OSA terletak kepada kerajaan untuk menentukan,” katanya.

Laporan audit berkaitan 1MDB masih diletakkan di bawah OSA walaupun ia sudah dibentangkan di Parlimen.

PACLaporan PAC sebelum ini merumuskan struktur pembiayaan modal serta prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan dan meminta mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bertanggungjawab terhadap kelemahan serta kekangan syarikat.

Selain itu, Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.