Categories
SELANGOR

Kejohanan MSSM: Selangor muncul juara

KUALA TERENGGANU, 8 MEI: Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-58 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus dengan kontinjen Selangor dinobatkan johan keseluruhan.

Selangor meraih 14 pingat emas, sembilan perak dan lapan gangsa.

selangorSarawak menduduki tempat kedua dengan 13 emas, 15 perak dan 13 gangsa manakala tempat ketiga Johor dengan 11 emas, 5 perak dan 17 gangsa sementara tuan rumah Terengganu berada di tempat keempat dengan 9 emas, 6 perak dan 7 gangsa.

BERNAMA melaporkan kejohanan bermula 3 Mei lalu menyaksikan pertarungan sengit untuk menentukan johan keseluruhan apabila pada saat akhir kedudukan pingat terikat dengan 13 emas bagi pasukan Selangor dan Sarawak.

Acara terakhir 4×400 meter menjadi penentuan apabila pasukan dari Selangor mendapat tempat pertama pada kejohanan yang disertai 16 pasukan itu dan seterusnya muncul juara keseluruhan.

Kejohanan MSSM ke-59 bakal berlangsung di Pulau Pinang tahun depan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.