Categories
NASIONAL

Keluarga Anwar mohon benarkan sentuhan fizikal

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Keluarga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan permohonan sentuhan fizikal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membenarkan ahli keluarganya bertemu tanpa sebarang halangan ketika melawat di penjara.

Peguam mewakili keluarga Anwar, N Surendran, berkata tujuan permohonan tersebut dibuat kerana keluarga dinafikan untuk bersalaman dan bertemu secara dekat dengan Anwar malah mereka dipisahkan melalui dinding kaca dan percakapan hanyalah melalui penggunaan telefon sahaja.

Jelasnya lagi, penafian sentuhan fizikal ini ketika lawatan-lawatan penjara adalah tidak munasabah, tidak sah dan melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan Artikel 5 dan Artikel 8 dalam Perlembagaan Persekutuan.

suendran“Saudara Anwar Ibrahim, Datuk Wan Azizah, anak-anak dan cucu-cucunya menfailkan permohonan tersebut di Mahkamah terhadap Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana menghalang keluarga daripada sentuhan fizikal dengan Anwar semasa lawatan ke penjara.

“Kesan penafian ini diantara Anwar dan ahli kelaurganya lain telah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan mereka. Mereka dibenarkan melawat dan berjumpa setiap tiga minggu sekali,” katanya di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

ANWAR IBRAHIMPemohon adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Nurul Nuha Anwar. Nurul Ilham Anwar, Nurul Iman Anwar, Raja Nur Safiyah Raja A Shmad Shahrir Iskandar, Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Sulaimaan Mohamad Kahirul dan Yahya Mohamad Khairul.

Manakala Responden pula, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jenereakl Penjara dan Meneteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.