Categories
SELANGOR

Kerjasama HIJRAH, PKNS buka peluang usahawan promosi produk

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MEI: Usahawan dilahirkan melalui skim pembiayaan HIJRAH Selangor bakal berpeluang mempromosikan produk di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasi (COO) HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, lot perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai itu disewa dengan kadar berpatutan selama tiga bulan supaya usahawan lain turut berpeluang memperkenalkan produk masing-masing.

HIJRAH SELANGOR“Apabila mereka berjaya mempromosikan produk mereka di situ, mereka boleh berpindah ke tempat lain yang lebih berdaya saing,” kata Roslim ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap supaya usahawan HIJRAH yang ditawarkan lot niaga di Kompleks PKNS supaya mengambil peluang untuk memperkenalkan produk mereka sebaik-baiknya.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu, HIJRAH Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan HIJRAH Selangor di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Datuk Dr Mansor Othman dalam ucapannya menganggap MoU itu merupakan platform terbaik bagi membantu usahawan HIJRAH mengembangkan pasaran produk masing-masing.

“Melalui MoU ini PKNS menawarkan ruang niaga atau tapak niaga di kompleks miliknya di samping mempromosi ‘booth’ perniagaan usahawan.

“Ini merupakan platform terbaik kepada berminat dalam bidang peruncitan, manakala di pihak HIJRAH Selangor pula membuat tawaran tapak perniagaan ditawarkan itu khas kepada usahawan HIJRAH Selangor sahaja,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.