Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor yakin bangkit mencabar dalam pusingan kedua

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 MEI: Selangor perlu segera bangkit dalam pusingan kedua Liga Super supaya tidak terus ketinggalan dalam kedudukan liga.

Penolong Jurulatih, K Gunalan, berkata pertemuan semula dengan Kelantan di Kota Bharu, Sabtu ini, adalah peluang terbaik bagi The Red Giants untuk bangkit dengan kemenangan.

IMG_20160518_215049-800x746“Saya rasa kita tidak boleh berputus asa kerana dalam bola sepak apa pun boleh terjadi.

“Pusingan kedua bermula Sabtu ini dan kita akan kembali bertemu Kelantan. Kalau bersungguh-sungguh, keinginan untuk kembali bersaing, maka kita mesti membuat kejutan di sana,” katanya kepada media di Stadium Shah Alam, di sini, pada 18 Mei lalu.

Selangor dan Kelantan sekadar seri 0 – 0 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama itu dan pertemuan pada Sabtu ini dijangka menarik dengan kedua-dua pasukan dahagakan kemenangan.

Juara Piala Malaysia 2015 kini menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 19 mata, ketinggalan lapan mata kepada pasukan pertama dan kedua, Felda United dan JDT yang memungut mata sama (27).

Gunalan berkata, jaguh Lembah Klang itu mula bermain dengan baik dalam separuh masa kedua, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang dengan ledakan gol dan masalah terbabit perlu diatasi segera supaya tidak berpanjangan dalam perlawanan seterusnya.

“Satu perkara yang bagus kita bertahan baik dengan tidak dibolosi pihak lawan. Diharap juga kecederaan Patrick Ronaldinho Wleh tidak lama dan boleh kembali bermain Sabtu ini,” katanya.

SEL - KEL 1Penyerang import dari Liberia itu mengalami kecederaan dan digantikan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-49 dalam perlawanan malam tadi.

Sementara itu, Pengurus Kelantan, Velizar Popov berkata, beraksi dengan 10 pemain, skuad baru dibimbingnya mempamerkan semangat melawan hebat menentang pasukan kuat seperti Selangor.

“Dengan kekurangan seorang pemain, kita masih mampu bertahan dan mengatur beberapa gerakan bagi mencabar pihak lawan.

“Ia persembahan bagus Kelantan di laman lawan bagaikan beraksi di tempat sendiri. Satu mata dipungut dengan 10 pemain adalah berbaloi berbanding tidak memperoleh apa-apa,” katanya.

Skuad Pamoga Qu Putih The Red Warriors terpaksa beraksi tanpa khidmat Wan Zack Haikal Wan Nor (m-27) yang dilayangkan kad merah selepas mengasari R Gopinathan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.