OLEH : NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 24 MEI: Prestasi pengurusan kewangan di lima jabatan dan agensi negeri mencapai tahap cemerlang dengan penarafan lima bintang manakala lapan lagi berada di tahap baik.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Negeri Selangor Siri 1, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan mendahului tahap cemerlang dengan 95.78 peratus.
Diikuti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam (92.80); Jabatan Pengairan dan Saliran (90.92); Majlis Daerah Sabak Bernam (90.07) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (90.01).
Manakala prestasi di tahap baik adalah Majlis Daerah Hulu Selangor (88.93); Jabatan Pertanian (87.16); Jabatan Kebajikan Masyarakat (87.12) dab Majlis Perbandaran Klang (86.12).
Selain itu, PDT Hulu Selangor (85.45); PDT Sepang (83.74) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (82.01) dan Perbadanan Wakaf Selangor (80.65).
Pada masa sama, laporan itu turut menegur Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) memperoleh satu-satunya agensi di tahap memuaskan.
Ia kerana wujud kelemahan yang ketara dalam Kawalan Pengurusan, Kawalan Perbelanjaan serta pengesahan penyata kewangan apabila Sijil Ketua Audit Negara Berteguran dikeluarkan.
Berbanding tahun 2014, prestasi pemarkahan tujuh jabatan dan agensi pada tahun 2015 bertambah baik berbanding tahun sebelum iaitu Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan (94.46), Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (88.67), Majlis Daerah Sabak Bernam (85.10), Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat (88.90), Majlis Daerah Hulu Selangor (84.96), Jabatan Pertanian Negeri Selangor (83.00) serta Majlis Sukan Negeri Selangor (72.97).
Sementara itu, prestasi tujuh jabatan dan agensi lain mencatat penurunan berbanding tahun sebelum iaitu Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam (85.10), Majlis Perbandaran Klang (90.21), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (88.59), Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor (89.89), Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang (83.90), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (90.66) serta Perbadanan Wakaf Selangor (85.51).
EZY