Categories
SELANGOR

Manfaatkan cuti sekolah ke Perpustakaan Hipermedia MPSJ

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 MEI : Pelajar boleh memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengikuti Program Aktiviti Cuti Sekolah anjuran Perpustakaan Hiperdia Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Program bermula 30 Mei sehingga 10 Jun ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada masyarakat khususnya pelajar bagi mengisi cuti persekolahan dengan aktiviti berfaedah.

Antara aktiviti menarik disediakan sepanjang program antaranya kelas Bahasa Mandarin, kelas animasi, pembelajaran membuat tikar kertas, tabung, bingkai gambar, topi badut, kelas mewarna dan mencipta barang menggunakan alatan terpakai.

MPSJSelain itu, peserta juga turut berpeluang untuk menyertai aktiviti mencipta origami, teka silang kata dan membuat mahkota putera puteri menggunakan manilakad.

Yuran bayaran dikenakan kepada perserta bagi setiap penyertaan pula cuma serendah RM1.00 dan penyertaannya tidak terhad kepada penduduk sekitar perbandaran Subang Jaya sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi unit aktiviti di talian 03-56371704 (Subang Jaya), 03-80627930 (Puchong) dan 03-89430584 (Seri Kembangan).

Diharap ibu bapa boleh mengambil peluang menghantar anak-anak untuk menyertai program ini demi manfaat bersama semua pihak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.