Categories
SELANGOR

Masyarakat disaran jadi ‘mata dan telinga’ kekang aktiviti tak sihat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 MEI : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa mengambil perhatian berhubung aduan dan permasalahan dibangkitkan penduduk setempat, kata Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad.

Dalam usaha memastikan warga Ampang menikmati kehidupan selesa dan sejahtera katanya, masyarakat disaran menyokong usaha MPAJ memerangi sebarang kegiatan kurang sihat di kawasan persekitarannya.

“Diharapkan penduduk menjadi ‘mata dan telinga’ MPAJ bagi mengenalpasti dan menyalurkan aduan dan permasalahan di kawasan mereka.

MPAJ“Penduduk boleh melayari laman web MPAJ di www.mpaj.gov.my atau menghubungi talian bebas tol aduan di talian 1800-22-8100 untuk mengajukan sebarang aduan,” katanya.

Jaminan terhadap kesejahteraan penduduk menjadi keutamaan dalam usaha menjadikan MPAJ sebagai sebuah perbandaran selamat kepada penduduk.

Bagaimanapun, kekangan terhadap usaha itu sukar direalisasikan sekiranya masyarakat kurang memberikan kerjasama dan sokongan terhadap usaha itu.

Sebelum ini, MPAJ terus konsisten menjalankan pelbagai program kemasyarakatan bagi memberi kesedaran dan pendidikan awam kepada penduduk sekitar perbandaran itu.

Antaranya menerusi penganjuran Program Pencegahan Jenayah, Dadah dan Vandalisme, Program Pelaksanaan Penguatkuasaan Selangor dan mesyuarat penuh bersama penduduk.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.