Categories
SELANGOR

MB: Noriah Kasnon pemimpin disenangi, kehilangan besar negara

OLEH : HAFIZAN TAIB

TANJONG KARANG, 7 MEI: Perwatakan mesra Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon mewujudkan keselesaan kepada pihak berhubungan dengannya dan keperibadian itu menyerlahkan kepimpinannya yang disenangi semua.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Allahyarhamah adalah antara pemimpin kerajaan yang rapat dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PAKATAN) dan disenangi ketika berbahas di dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ia adalah kehilangan besar kepada negara dan masyarakat setempat kerana hubungan Ahli Parlimen PAKATAN amat dekat dengannya ketika menghadiri sidang Parlimen.

ChyDBNXUkAE9ddu“Kita berbahas dengan penuh sopan dan beradab apabila beliau antara Timbalan Menteri yang sering memberikan jawapan secara berfakta dan tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Keadaan sedemikian menimbulkan hubungan selesa antara kita dan beliau yang sering memberikan jawapan diperlukan dalam Dewan Rakyat,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Timbalan Presiden KEADILAN juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian ketika hadir dalam majlis pengebumian Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, Khamis lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri dan KEADILAN merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allayarham dan mendoakan semoga beliau mendapat khusnul khotimah juga pengakhiran baik dengan rohnya ditempatkan di dalam syurga Allah yang penuh nikmat.

IMG_20160507_014438“Pada masa sama kita mengharapkan keluarganya redha dengan ujian Allah dan berdoa agar penumpang serta krew lain dapat ditemui segera, mudah-mudahan dalam keadaan selamat.

“Terima kasih kepada kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan semua jabatan dan agensi yang telah memberikan khidmat cemerlang serta semoga semua urusan dipermudahkan,” katanya.

Selain Noriah, 52, penumpang lain dalam pesawat jenis Eurocopter AS350 Ecureuil yang belum ditemui adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Allahyarhamah, Asmuni Abdullah.

Juga dalam helikopter sama adalah pegawai peribadinya, Ahmad Sobri Harun dan Kapten Rudolf Rex Ragas.

Noriah dan rombongan berada di Sarawak bagi menyertai program rasmi Baruisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11 negeri berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.