Categories
SELANGOR

Projek PJ-Ecomobility ke arah bandaraya berkarbon rendah

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 21 MEI: Buat julung kali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan projek PJ-Ecomobility ke arah bandaraya berkarbon rendah dengan menggalakkan penduduknya menggunakan kemudahan awam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata projek itu adalah sebahagian daripada inisiatif Lokal Agenda 21 Petaling Jaya untuk mencapai matlamat berkarbon rendah iaitu Low Carbon Cities Framework (LCCT) dan rancangan lima tahun Carbon Trust United Kingdom.

MBPJ“Konsep PJ-Ekomobiliti ini dapat menggalakkan masyarakt setempat supaya menggunakan kemudahan awam, kenderaan hybrid, basikal dan lain-lain yang menyokong inisiatif ini.

“Projek ini juga sesuai dengan sistem integrasi pengangkutan dan guna tanah di bawah pelan induk pengangkutan Petaling Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Taman PJ Ekomobiliti di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi.

katanya, taman tasik itu menjadi salah satu kawasan pilihan untuk menjayakan projek tersebut.

“Taman rekreasi itu adalah yang pertama kali diadakan Selangor, Malaysia dan Asia Tenggara secara amnya.

“Kita juga akan kongsikan idea projek ini dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain di seluruh Malaysia supaya negara kita menjadi negara rendah karbon,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.