Categories
SELANGOR

MPKj sedia 10,000 tapak pasar juadah sempena Ramadan

OLEH : AFIX REDZUAN

KAJANG, 27 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperuntukkan hampir 10,000 tapak perniagaan pasar juadah sempena bulan Ramadan.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata pasar juadah ditempatkan di 34 lokasi selain lima pusat Karnival Ramadan.

Bazar RamadanTiga daripada lokasi Karnival Ramadan dibuka di Bangi sementara satu di Semenyih dan Pekan Kajang.

“Kita mengenakan caj RM400 untuk setiap tapak dengan pengagihan RM200 kepada MPKj dan RM200 untuk penganjur.

“Penganjur menyediakan kemudahan sesuai untuk peniaga terutama di kawasan berdekatan perumahan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPKj Bil 5/2016 di Bilik Mesyuarat Chempaka Putih 1, Menara MPKj.

Katanya, untuk tahun ini peniaga tidak berpuas hati dengan dengan penganjur terutama mengenai soal bayaran hendaklah mengemukakan surat rasmi kepada MPKj.

“Penganjur yang bersalah boleh dikenakan tindakan disenarai hitam dan tidak lagi boleh menganjurkan pasar juadah untuk tahun akan datang.

“Kita tidak mahu sekadar cakap-cakap sahaja tanpa sebarang aduan rasmi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.