Categories
SELANGOR

MPSJ tawar tempat latihan percuma atlet SUKMA

OLEH : NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 21 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
menawarkan tempat latihan secara percuma seperti penggunaan padang bola dan trek balapan kepada kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA).

Yang DiPertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan, berkata sebagai Bapa Angkat kepada pasukan Bola Sepak dan Tenpin Bowling, menjadi tanggungjawab MPSJ menyediakan kemudahan.

“Dengan adanya kemudahan, atlet dapat berlatih dengan sebaiknya.

MPSJ“Diharap pasukan bola sepak dan tempin bowling dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan seterusnya membawa pulang pingat emas bagi Selangor.

“MPSJ dan rakyat negeri berharap kontinjen Selangor pada tahun ini dapat menjadi johan keseluruhan SUKMA ke 18 ini,” katanya di majlis Hi Tea Bapa Angkat di Kompleks 3K, di sini.

Beliau berkata MPSJ memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua pasukan yang bertanding di SUKMA itu nanti.

SUKMA ke 18 bakal berlangsung pada 17 Julai hingga 31 Julai ini, di Kuching, Sarawak.

Dalam majlis itu juga, Nor Hisham turut menyediakan sumbangan beg dan pakaian sukan untuk pegawai atlet yang bertanding nanti sebagai tanda sokongan.

Pihak MPSJ juga menawarkan tempat latihan secara percuma seperti penggunaan padang bola dan trek balapan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.