Categories
SELANGOR

“Never give up, never surrender” beri kekuatan pada PKNS FC

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 MEI: Pemain PKNS FC yakin tiada yang mustahil untuk dicapai dan kejutan boleh dilakukan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang pasukan pilihan, Johor Darul Takzim (JDT), malam esok.

Bersesuaian dengan slogan ‘Never Give Up, Never Surrender’, pemain sudah membuktikan kemampuan dengan menundukkan pasukan lebih baik juga dari Liga Super untuk mara sejauh itu.

Ketua pasukan PKNS FC, Shahrul Azhar Ture, berkata pasukan menghadapi setiap perlawanan dengan berusaha membuat kejutan dan berharap ia mampu direalisasikan dalam aksi akhir itu.

PC (5 of 6)“Moral pasukan dalam keadaan baik dan motivasi amat tinggi dalam usaha melakar sejarah pertama untuk PKNS FC (muncul juara),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

The Red Ants akan berdepan juara Liga Super, JDT, dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, di sini, malam esok.

Pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, E Elavarasan itu menewaskan Perak dengan agregit 4 – 3 manakala JDT mengalahkan Kedah dengan agregit sama.

Menyedari cabaran hebat bakal ditempuh ketika berdepan JDT, katanya, setiap pemain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan malam esok itu.

Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim berkata, pasukan Harimau Selatan bersedia untuk menempuh aksi akhir menentang PKNS FC malam esok dan layak sejauh itu adalah pencapaian terbaik untuk pasukan itu.

“Bagi saya ia pencapaian terbaik bagi JDT dan juga PKNS FC maka malam esok sama-sama dengan sasaran muncul juara.

PC (2 of 6)“Tidak kira aksi akhir atan perlawanan biasa, memang ada tekanan dan seperti jurulatih (Mario Gomez) tekankan karektor pemain penting dan jika pemain mampu menyerap tekanan maka ia menghasilkan keputusan diinginkan,” katanya berharap ia menjadi perlawanan akhir Piala FA terbaik.

Berhubung PKNS FC, ketua pasukan kebangsaan itu berkata, JDT memberi tumpuan terhadap keseluruhan pasukan PKNS FC kerana mereka membuktikan kemampuan dengan semangat sepasukan tinggi.

“Bagi saya semua pemain PKNS FC bahaya, mereka tewaskan pasukan lebih bagus dari liga Super tidak kira di laman sendiri atau tempat lawan.

“Dengan pemain tempatan dan import yang baik, semua posisi dalam PKNS FC adalah merbahaya bagi JDT,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan permainannya ketika ini bersama JDT amat membanggakan dan berharap ia berterusan dengan lebih kejayaan seperti disasarkan pengurusan pasukan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.