Categories
SELANGOR

Pekerja tonggak perubahan, bangkit Selamatkan Malaysia – Azmin

KUALA LUMPUR, 1 MEI : Seperti dijadualkan, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini turun seawal pagi menyertai perhimpunan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di ibu negara.

Menerusi twitter, Mohamed Azmin menyeru pekerja mengulangi tekad menjana solidariti dan menggilap semangat zaman menuntut perubahan.

IMG_20160501_101000“Pekerja adalah tonggak perubahan. Perubahan yang akan membawa kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan golongan pekerja.

“Ayuh warga pekerja. Kita bangkit Selamatkan Malaysia !” katanya yang turut memuatnaik beberapa keping gambar.

Perhimpunan tersebut dirangka khusus membawa isu pekerja termasuk tuntutan gaji minimum RM1,200 sebulan, mengekalkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun dan kajian lanjut mengenai impak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas rakyat.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.