Categories
SELANGOR

Piala AFC: Tewas kepada Tampines, Selangor terkeluar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 MEI: Hasrat Selangor ke pusingan kedua Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 1-0 kepada Tampines Rovers FC dari Singapura, malam tadi.

Kekalahan itu meletakkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan di tangga ketiga Kumpulan E di belakang Ceres La Salle FC (Filipina) serta Tampines dan terkeluar daripada kejohanan itu.

13220902_1080740565331767_8049410120343448561_nDalam perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Singapura, jelas memihak kepada pasukan tuan rumah yang memperoleh gol tunggal menerusi Yasir Hanapi pada minit ke-31.

Ia hasil gerakan diatur barisan serangan Tampines Rover dengan Yasir melepaskan satu sepakan lencong melepasi kawalan penjaga gol The Red Giants, Khairulazhan Khalid.

Ketinggalan satu gol, Selangor yang hanya memerlukan satu mata melancarkan serangan balas bagaimanapun terlepas beberapa peluang dari serangan diatur barisan pemain hadapan diketuai pemain import, Patrcik Ronaldinho Wleh, dalam mencari gol penyamaan.

Percubaan cantik Mauro Olivi dalam masa kecederaan separuh masa pertama menerusi sepakan percuma juga berjaya ditepis keluar Izwan Mahbud.

Dalam separuh masa kedua, kedua pasukan terus berbalas serangan dengan Selangor terutamanya mengatur serangan dari awal.

Skuad V Sundrammoorthy terus memberi cabaran kepada The Red Giants dalam misi mengekalkan penguasaan dengan kelebihan gol yang ada.

13177285_1080652162007274_6844346648666779608_nUsaha berterusan Tampines Rovers nyata berkesan walaupun Selangor menambah kekuatan dengan memasukkan Ahmad Hazwan Bakri menggantikan R Gopinathan (m60) dan Adam Nor Azlin (S Veenod) pada minit ke-68.

Serangan pada minit terakhir Selangor menerusi Ronaldinho juga gagal mengubah keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan keputusan itu, Tampines Rovers FC mengiringi Ceres La Salle FC (Filipina) ke pusingan kalah mati dalam kejohanan kelab Asia.

Ceres La Salle yang layak lebih awal menewaskan kelab Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi, lima gol tanpa balas dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Panaad Park, Bacolod, Filipina, malam ini.

Kelab Filipina itu menutup kempen peringkat kumpulan menduduki tangga teratas Kumpulan E dengan 12 mata, diikuti Tampines Rovers (10), Selangor (lapan) dan Sheikh Jamal Dhanmondi tiga).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.