Categories
NASIONAL

Piala Thomas: Malaysia tentang Denmark di separuh akhir

KUNSHAN (China), 20 MEI: Malaysia akan menentang Denmark pada separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan di sini.

Pada perlawanan suku akhir, Malaysia layak ke separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 3-1 manakala Denmark mengalahkan juara bertahan Jepun 3-2.

Piala Thomas1Dalam pada itu, juara sembilan kali China dikejutkan oleh Korea Selatan 3-1 manakala Indonesia mengalahkan Hong Kong 3-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Korea Selatan akan berdepan dengan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir, lapor BERNAMA.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan China akan menentang India pada saingan separuh akhir manakala Korea Selatan berdepan dengan Jepun dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir, China menumpaskan Taiwan 3-0, India mengalahkan Thailand 3-1, Korea Selatan menewaskan Indonesia 3-0 manakala Jepun menundukkan Denmark 3-0.

JADUAL SEPARUH AKHIR

Piala Thomas

Korea Selatan mln Indonesia – 1 tengah hari

MALAYSIA mln Denmark – 7 malam

Piala Uber

China mln India – 1 tengah hari

Korea Selatan mln Jepun – 7 malam.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.