Categories
SELANGOR

PRK di bulan puasa mampu elak kempen fitnah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh pilihan raya kecil (PRK) pada bulan Ramadan.

Katanya, keadaan itu mampu menjadikan suasana kempen lebih tenteram tanpa sebarang fitnah dan perbuatan provokasi yang meningkatkan risiko pergaduhan antara penyokong.

MOHAMED AZMIN“Ada baiknya (PRK pada Ramadan) supaya kempen lebih tenang, aman khususnya dalam kalangan umat Islam dengan menjaga adab, jangan melemparkan fitnah dan tohmahan dan kata-kata kesat serta tidak menimbulkan provokasi.

“Saya percaya Ramadan adalah bulan mulia dan mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman kepada dan pada masa sama menjalankan tugas sebagai pimpinan di muka bumi ini dengan adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat dan juga solat Jumaat di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 di sini, semalam.

Terhadulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumkan tarikh penamaan calon jatuh pada 5 Jun, undi awal pada 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.