Categories
SELANGOR

Rizab simpanan Selangor melonjak RM4.034 bilion

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Simpanan rizab Kerajaan Negeri terus meningkat sehingga RM4.034 bilion ketika ini yang membuktikan ekonomi Selangor semakin kukuh dan mantap.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran program bantuan makanan asas “#SmartSelangor food Stamp” 2016 di Dewan Seri Bernam, di sini, hari ini.

Selangor majuBeliau berkata, taklimat disampaikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman, hari ini jelas membuktikan sumber kewangan Selangor diuruskan dengan baik dan berada pada landasan betul.

Katanya, ini berbeza dengan keadaan ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan yang sdang bergelumang dengan masalah ekonomi yang gawat.

“Setakat hari ini simpanan Kerajaan Negeri melonjak dari RM3.6 bilion kepada RM4.034 bilion.

“Saya amat bersyukur apabila mendapat fakta ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini angka dicatatkan adalah yang tertinggi pernah dicapai bagi simpanan rizab negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri menyasarkan unjuran negeri pada tahun ini sehingga penghujung tahun adalah jangkaan hasil sekitar RM2.25 bilion.

“Dengan kerja kuat pegawai dan anggota Kerajaan Negeri yang berkhidmat penuh tanggungjawab dalam tempoh lebih kurang empat bulan telah berjaya mengutip hasil RM1.427 bilion.

“Ini bermakna kita berjaya mengutip 63 peratus dan InsyaAllah pada hujung tahun ini saya jangkakan akan dapat mengutip hasil yang lebih daripada RM2.25 bilion,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian diperoleh Kerajaan Negeri pada masa ini tidak sekadar berkisar pada usahanya sendirian tetapi adalah komitmen semua pihak berkaitan memikul amanah diberikan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.