Categories
SELANGOR

SAUBAKI giat bantu mualaf hayati Islam

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Persatuan Ehsan Saudara Baru Berketurunan India Selangor (SAUBAKI) giat membela nasib bangsa India yang baru menganut Islam.

Pengerusi SAUBAKI, Harun Abdullah, berkata matlamat persatuan itu diwujudkan bagi membantu bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membawa ‘saudara kita’ memahami dan menghayati ajaran sebenar Islam.

“Peranan utama SAUBAKI membantu dari aspek kemasyarakatan supaya saudara baru tidak merasa tersisih dan dipinggirkan.

IMG_7268“Selain itu kita juga memberi khidmat kaunseling dan motivasi untuk memberi semangat pada jati diri mereka dan lebih yakin bahawa Islam agama indah jika dihayati dan dipelajari dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Program Ijtima’ Ramah Mesra Saudara Kita Peringkat Selangor anjuran Persatuan Ehsan Saudara Baru Berketurunan India Selangor (SAUBAKI).

Program itu diadakan bagi merapatkan lagi hubungan sesama Islam di kalangan kaum India di samping memperkenalkan saudara baru yang menjadi ahli SAUBAKI sebagai tanda menyambut ahli keluarga baru.

Harun berkata, SAUBAKI juga berperanan membantu kalangan armalah, anak yatim dan mualaf berpendapatan rendah.

“Paling penting adalah masyarakat itu sendiri perlu bersama membimbing dan berdakwah untuk membawa mereka jalan benar kerana jika bukan kita, siapa lagi yang bersama mereka harungi kehidupan baru.

“Dengan menunjukkan tauladan dan sikap baik sebagai umat Islam secara tidak langsung, ia sedikit demi sedikit kita dapat berdakwah dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.