Categories
SELANGOR

Sekat MB masuk, tapi KM Sarawak mahu belajar idea Selangor

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor membuktikan kemampuannya mencetuskan idea segar membantu rakyat apabila program pro-rakyatnya mula mendapat perhatian Kerajaan Negeri lain bagi diaplikasikan di negeri masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata terbaru Ketua Menteri Sarawak mengumumkan kesediaannya belajar dari Selangor untuk mengadakan perkhidmatan bas percuma untuk penduduk Sarawak.

AZMIN HIJRAH“Minggu lepas Ketua Menteri Sarawak buat pengumuman dia kata dia bersedia nak belajar dengan Negeri Selangor bagaimana nak beri perkhidmatan bas percuma. Hebat tak hebatlah Selangor ini.

“Walaupun saya tak boleh masuk tetapi idea saya bertebaran di seluruh dunia dan sekarang menjadi contoh kepada negeri lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelasnya, keadaan ini membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

MB merasmikan Rumah Selangorku Mah Sing di Rawang (5)Sebelum ini, selain Sarawak, Kerajaan Negeri johor juga mengambil idea Selangor dalam beberapa isu seperti pemberian air percuma dan perkhidmatan bas percuma.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga menjadikan idea cetusan Selangor iaitu rumah mampu milik sebagai satu program nasional Kerajaan Persekutan iaitu skim Projek Rumah Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.