Categories
SELANGOR

Selangor pertimbang tambah peruntukan naik taraf Litar Kuala Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 29 MEI: Kerajaan Negeri sedia menimbang peruntukan tambahan bagi menaik taraf Litar Kuala Selangor jika terdapat permintaan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata usaha sebelum ini ternyata memberi manfaat kepada rakyat terutamanya golongan muda.

Katanya, acara permotoran seperti King of 2T dilapor berjaya mengurangkan gejala lumba haram dalam kalangan belia di Kuala Selangor.

yb amir markshort-web 7“Itu adalah satu contoh litar berkos murah, namun memberi banyak manfaat terutama kepada peminat dunia permotoran.

“Tahun lepas kita luluskan RM200,000. InsyaAllah kita akan luluskan lagi jika ada keperluan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Hari Ibu dan Ihya Ramadan peringkat DUN Batu Caves dan Parlimen Gombak di sini, hari ini.

Pusingan pertama King Of 2T 2016 bermula pada 10 April lalu dengan penyertaan 179 pelumba pasukan persendirian.

Selain pelumba Selangor, kejuaraan itu turut menarik minat pelumba dari Johor, Melaka, Perak, Pahang, Perlis, Kedah dan lain-lain.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.