Categories
SELANGOR

Subang Jaya & Daejeon perkukuh kerjasama

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima kunjungan hormat Daejeon East District City Council Korea Selatan hari ini bagi memperkukuh kerjasama.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kunjungan rasmi itu adalah bagi menjalankan perkongsian bestari mengenai hal ekonomi dan perancangan bandar dengan bandar Daejeon East District menerusi Memorandum Persahabatan (MOF).

MPSJ“Kerjasama ini berlangsung selama tempoh tiga tahun untuk melihat perancangan bandar antara satu sama lain melalui pembangungan, inovasi, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

“Kita juga menumpukan dari segi infrastruktur dan ke arah bandar hijau kerana kedua bandar ini mempunyai matlamat yang sama,” katanya sewaktu Majlis menandatangai MOF dari Daejeon East District City Council Korea Selatan, di sini hari ini di Laman Kenanga MPSJ.

Seramai 16 delegasi hadir dalam kunjungan rasmi tersebut diketuai Presidennya, Mr. You Taekho.

Nor Hisham, berkata beliau optimis bahawa hubungan itu mewujudkan nilai positif dari segi sosial dan ekonomi untuk di manfaatkan kedua bandar.

daejeon_1“MPSJ menetapkan usaha dan komitmen tinggi untuk memberikan kualiti terbaik dalam perkhidmatan selaras dengan agenda Kerajaan Negeri ke arah Smart Selangor dan menjadi antara 30 pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di dunia menjelang 2030.

“Saya percaya bahawa kita boleh bekerjasama berganding bahu bertukar kepakaran dan budaya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.