Categories
SELANGOR

Worldwide rangka pelan pembangunan Puncak Bestari

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUBANG BESTARI, 7 MEI : Konsisten menyokong hasrat Kerajaan Negeri melaksanakan skim perumahan rumah mampu milik, Worldwide Holding kini merangka pelan pembangunan baru di Puncak Alam.

Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria, berkata 160 unit rumah mampu milik dibangunkan hujung tahun ini di kawasan tersebut untuk membantu lebih ramai masyarakat memiliki kediaman sendiri.

subangbestari 3“Kepada pemohon yang gagal membeli rumah mampu milik Seri Aduria dan Seri Musytari, kami merancang untuk membina 160 unit Rumah Selangorku di atas hartanah Bandar Puncak Alam yang dinamakan sebagai Puncak Bestari.

“Semoga projek ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan isi rumah daripada RM3,000 ke RM10,000 sebulan memiliki rumah selesa daripada segi saiz dan reka bentuk,” katanya.

Beliau bercakap pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Tanah Lapang Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Seksyen U5, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar; Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang; Sivarasa Rasiah, Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Noordin Sulaiman dan Datuk Bandar MBSA; Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Worldwide Holding adalah anak syarikat PKNS yang giat memberi tumpuan membangunkan projek perumahan rakyat di kawasan pinggir bandar.

Kerajaan Negeri sebelum ini optimis merangka pelan pembangunan menyediakan kediaman rumah mampu milik sebanyak 15,000 unit dalam tempoh tiga tahun.

Pelan itu seiring gagasan ‘Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli’ yang diumumkan Menteri Besar untuk memastikan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.