Categories
SELANGOR

Zainal Abidin jurulatih terbaik Februari

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Kejayaan Selangor mengutip tiga mata penuh nyata menggembirakan Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan yang sebelum itu dinobatlan Jurulatih Terbaik bagi bulan Februari.

Beliau berkata, anugerah yang diterima hasil penilaian Persatuan Jurulatih Malaysia itu tidak bermakna buatnya jika Selangor gagal mengutip tiga mata, semalam.

Zainal“Kalau saya dapat anugerah itu tanpa mendapat tiga mata tidak bermakna tetapi mereka (pemain) memberikan hadiah yang lebih bermakna buat saya.

“Alhamdulillh, permulaan yang baik di sini. Tempat yang penyokong dan pemain rindui.

“Misi kita untuk mendapat mata penuh di laman sendiri kali ini tercapai.

“Tahniah buat pemain walaupun ada melepaskan peluang tetapi yang penting mereka berusaha hingga ke saat akhir di tempat sendiri,” katanya.

Katanya, kemenangan itu memberikan suntikan semangat buat pasukannya memandangkan T-Team memberikan saingan sengit buat Selangor.

Zainal turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang menghidupkan suasana rancak, sekali gus menaikkan semangat pemain Selangor.

Dalam perkembangan sama, beliau berpuas hati dengan mutu padang dan ia akan mengambil sedikit masa buat pasukannya mencari keserasian.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.