Categories
SELANGOR

Zainal: Saya tak sangka Selangor menang besar

OLEH : AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 23 MEI: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang berjaya memanfaatkan kelebihan seorang pemain hingga mencatatkan kemenangan bergaya mengatasi Kelantan.

Beliau yang tidak menjangka akan mencatatkan kemenangan selesa berkata, ketiadaan penyerang utama, Patrick Ronaldinho Wleh berjaya diatasi dengan baik menerusi persembahan mantap Mohd Razman Roslan dan Mauro Olivi.

ZAINAL RED GIANTS“Tahniah buat pasukan saya kerana beraksi dengan cemerlang dan menjalankan tugas serta pelan tektikal dengan baik.

“Hari ini mereka tidak mengecewakan penyokong Selangor dan kami (pengurusan) serta menjaringkan gol.

“Saya tidak jangka tetapi saya mahukan persembahan yang baik dan Alhamdulillah hasil usaha mereka berjaya mendapatkan gol yang tidak disangka,” katanya.

Zainal Abidin berkata kelemahan bertemu lawan sama di Stadium Shah Alam tempoh hari berjaya diatasi secara berpasukan bagi membawa pulang tidak mata penuh.

Tambahan pula Kelantan terpaksa beraksi 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam diperintah keluar padang pada minit ke-60.

“Apabila pemain Kelantan keluar, kita lebih dilihat menguasai permainan.

“Dalam perlawanan lepas kita gagal mengambil peluang dan kelebihan yang ada tetapi malam ini mereka menggunakan sepenuhnya,” katanya.

Dalam aksi penuh tegang di Stadium Mohamad IV menyaksikan Selangor menang bergaya 2-5.

Gol Selangor dijaringkan Hafiz Kamal, R Gopinathan, Mohd Nazmi Faiz, Mohd Razman Roslan dan Ahmad Hazwan Bakri.

Sementara dua gol Kelantan disumbangkan pemain import mereka Blazhe Ilijoski dan Dramane Traore.

Dengan kemenangan ini Selangor kekal di tangga ketiga dengan 22 mata di belakang Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.