Categories
SELANGOR

407 atlet ke Sarawak, Selangor sasar 48 Emas kejohanan SUKMA

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JUN: Kontinjen Selangor mensasarkan 48 jumlah kutipan Emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 16 di Sarawak 22 hingga 31 Julai ini.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mohd Najwan Halimi, berkata atlet Renang dijangka mampu memecah dominasi kontinjen negeri lain dengan sasaran tujuh emas.

“407 atlet Selangor menggalas cabaran ke Sukma Sarawak. MSN mensasarkan 48 pingat Emas mampu diraih kontinjen Selangor berdasarkan persiapan dan rekod atlet kita.

SUKMA SARAWAK“Kita jangka atlet renang mampu meraih kutipan Emas tertinggi pada kejohanan kali ini,” katanya kepada SelangorKini.

Kontijen Selangor beraksi cemerlang dalam kejohanan terdahulu apabila muncul sebagai juara lapan kali, namun agak merosot dalam edisi terakhir apabila sekadar menduduki tempat keempat.

Bagaimanapun persembahan cemerlang kontinjen Selangor diyakini mampu meraih pingat lebih besar pada kejohanan sukan yang mencungkil bakat muda dari seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, pasukan Karate Do bakal memulakan siri kempen memburu Emas pertama Selangor sebelum memulakan aksi pertamanya Julai ini.

“Pasukan pertama dari atlet Selangor yang berlepas ke Sarawak 16 Julai ini adalah dari sukan Karate Do,” katanya.

Pada masa sama, MSN Selangor kini giat membangunkan potensi atlet negeri bagi memperhebatkan aksi untuk mencabar pasukan negeri lain pada SUKMA kali ini.

Dalam edisi terdahulu, Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan SUKMA Perlis 2014 dengan 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.