Categories
NASIONAL

Euro 2016: Switzerland iringi Perancis ke pusingan kedua

OLEH : AFIX REDZUAN

PARIS, 20 JUN: Switzerland mengesahkan tempat untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2016 selepas berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Perancis awal pagi ini.

Meskipun perlawanan lebih dikuasai Perancis namun disiplin pertahanan yang tinggi berjaya mengelak kubu mereka daripada dibolosi.

Perancis yang sudah mengesahkan tempat lebih awal merehatkan beberapa pemain bintang mereka namun tetap ghairah mencari kemenangan ketiga.

Namun gandingan serangan antara Andre-Pierre Gignac dan Antoine Griezmann serta kemasukan Dimitri Payet gagal memecah kebuntuan hingga ke minit akhir permainan.

Sementara dalam satu lagi perlawanan, Albania berjaya mencatatkan kemenangan pertama selepas menewaskan Romania hasil jaringan tunggal Armando Sadiku.

Tandukan Sadiku yang menyambut hantaran lintang Ledian Memushaj dua minit sebelum babak pertama tamat sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan pertama mereka dalam edisi Euro 2016.

Dengan keputusan itu, Albania menduduki tempat ketiga dengan tiga mata di belakang Perancis selaku juara kumpulan dan Switzerland sementara Romania di tempat keempat dengan satu mata.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.