Categories
SELANGOR

Pilih menabung berbanding belanja suka-suka

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Sumbangan Aidilfitri diterima anak yatim tidak sesekali dibelanjakan secara suka-suka, sebaliknya ia akan disimpan sebagai tabungan.

Pelajar Tingkatan 2, Daniel Iskandar Jainan daripada Taman Medan, berkata wang itu hanya akan digunakan jika keadaan memerlukan.

Daniel Iskandar“Kami tidak berayah, mak kerja kuat maka kami perlu bijak, tiada istilah suka-suka,” katanya yang bercita-cita bergelar arkitek satu hari nanti.

Beliau yang kehilangan ayah sejak lapan tahun lalu kini bergantung penuh kepada ibunya yang bekerja sebagai pengasuh.

Berusia 11 tahun, Puteri Fateha Ikma Mohd Jailani daripada Petaling Jaya turut berpandangan sama iaitu berjimat-cermat semahunya.

“Ibu sentiasa berpesan untuk kami empat beradik supaya berjimat dan gunakan untuk perbelanjaan pembelajaran sahaja,” katanya yang turut memberitahu ibunya kini bekerja sebagai pemandu peribadi.

Ismi(budak kedua diinterview)Bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, Nurul Atiqah Syamsul bersyukur dengan keprihatinan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Saya dan adik terima sumbangan. Dapatlah kurangkan beban ibu yang berniaga serta berpendapatan tidak menentu,” katanya yang kehilangan ayah sebagai tempat bergantung.

Ketiga mereka adalah antara 436 penerima sumbangan raya daripada MAIS di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, semalam.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.