Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Proses penamaan calon hari ini

SUNGAI BESAR, 5 JUN : Proses penamaan calon Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar diadakan hari ini dengan proses pengundian berlangsung pada 18 Jun ini.

Penyokong parti yang bakal bertanding dilaporkan sudah mula berada di perkarangan pusat penamaan calon sejak jam 7 pagi tadi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) turut menetapkan pengundian awal dilangsungkan pada 14 Jun.

CP2A1708Sebanyak 13 borang untuk PRK Sungai Besar dibeli setakat petang semalam.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).

Kekosongan kerusi P.093 Sungai Besar berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.

CP2A1696PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Sepuluh PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK

Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); PRK Parlimen Rompin, Pahang (5 Mei 2015); dan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang (7 Mei 2015).

Bagi PRK Sungai Besar, pegawai pengurus pilihan raya yang dipilih ialah Pegawai Daerah Sabak Bernam Mohd Khairuddin Md Som yang akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus.

Dewan Seri Bernam, Sungai Besar dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.