Categories
SELANGOR

Smart Selangor Lab realisasi gagasan Smart Selangor

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 JUN: Gagasan Smart Selangor diteruskan dengan penganjuran Smart Selangor Lab Fasa 1 bermula hari ini.

Bertempat di Hotel Saujana, lebih kurang 70 peserta menyertai ‘lab’ yang dikendalikan syarikat konsultasi antarabangsa, Frost & Sullivan.

Peserta merupakan wakil agensi kerajaan seperti pejabat daerah dan tanah (PDT), pihak berkuasa tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan (GLC) serta syarikat utiliti.

Mereka terbahagi kepada empat lab yang membincangkan empat teras (domain) berbeza bagi menghasilkan projek perintis berlandaskan prinsip ‘smart solution’.

Empat domain berkenaan adalah ‘Smart Governance’, ‘Smart Development’, ‘Smart Digital Infrastructure’ dan ‘Smart Waste Management’.

Selain empat domain hari ini, Smart Selangor turut menggariskan lapan domain lain, menjadikan keseluruhan 12 domain.

Ia termasuk ‘Smart Education’, ‘Smart Energy’, ‘Smart Water Management’, ‘Smart Agro’, ‘Smart Transport and Mobility’, ‘Smart Safety and Security’, ‘Smart Disaster Management’ dan ‘Smart Healthcare.

Berikut video penerangan ringkas mengenai #SmartSelangor oleh CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.