Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Tahniah, Selangor muncul juara SUKMA

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 JULAI : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan kontijen Selangor selepas muncul juara keseluruhan, Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Kejayaan itu sekali gus mengatasi sasaran awal Majlis Sukan Negeri (MSN) sebelum ini yang mensasarkan kutipan 48 Emas.

“Saya ingin ucapkan tahniah buat Kontigen SUKMA Selangor atas kejayaan juara keseluruhan dengan pungutan 59 Emas, 73 Perak dan 62 Gangsa,” tulis Mohamed Azmin di Twitter.

PINGAT SEL SEMUA

Sementara itu, Timbalan Pengarah MSN, Najwan Halimi berkata, kejayaan manis itu didorong semangat dan usaha gigih kontinjen Selangor sepanjang kejohanan berlangsung.

“Usaha dan kegigihan para atlet #Selangor dlm mengharumkan nama negeri di persada sukan kebangsaan amat membanggakan,” katanya.

Kontinjen Sarawak berada di tangga kedua dengan kutipan 57 Emas, 40 Perak dan 57 Gangsa, sementara Terengganu berada di kedudukan ketiga dengan kutipan 45 Emas, 40 perak dan 40 Gangsa.

Persembahan terbaik kontinjen Selangor dicatatkan menerusi sukan renang dengan kutipan 20 pingat emas.

Diharapkan kejayaan manis atlet Selangor ini akan terus menjadi pendorong buat pelapis muda untuk terus memartabatkan bidang kesukanan negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.