Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sukma 2016: Impian Afiqah raih emas tercapai, hadiah buat Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KOTA SAMARAHAN, 30 JULAI: Nor Afikah Nadhrah Mohammed Borhan gembira penyertaan pertama dalam Sukan Malaysia (Sukma) membawa kejayaan apabila memenangi acara emas angkat berat wanita 75 kilogram (kg) di Dewan Jubli Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Atlet itu berjaya meraih emas dalam kategori snatch dengan menewaskan Jabriella Teo Samuel (Wilayah Persekutuan) untuk perak dan peserta Sabah, Elcenta Edward (gangsa).

“Alhamdulillah berpuas hati dan cukup selesa dengan kejayaan dalam penyertaan pertama Sukma saya.

“Memang menjadi impian saya untuk menang emas sejak menyertai latihan bersama Selangor,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Atlet angkat berat Selangor , Nur afiqah Nadrah berjaya memenangi pingat emas bagi acara snatch dan pingat perak bagi acara clean & jerk untuk kategori 75kg.
Atlet angkat berat Selangor , Nur afiqah Nadrah berjaya memenangi pingat emas bagi acara snatch dan pingat perak bagi acara clean & jerk untuk kategori 75kg.

Afiqah tidak kecewa walaupun gagal memecahkan rekod kejohanan (86 kg) namun catatan 82 kg dengan tiga percubaan cukup untuknya mengatasi lawan.

“Saya menerima cabaran sengit pihak lawan dan berjaya bangkit pada percubaan ketiga,” katanya yang berazam mencipta lebih banyak kejayaan bersama Selangor pada kejohanan akan datang.

Gadis berusia 18 tahun itu turut meraih perak dalam clean & jerk 75 kg.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.