Categories
SELANGOR

Sukma 2016: Ketepi masalah kesihatan, Nazrin raih emas dan perak demi Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

KOTA SAMARAHAN, 30 JULAI: Atlet Selangor, Muhamad Nazrin Rusli, meraih satu emas dan perak dalam acara angkat berat lelaki 105 kilogram (kg) Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Dewan Jubli, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Beliau memperoleh emas dalam kategori clean & jerk mengalahkan peserta Johor dan tuan rumah, Sarawak iaitu Adib Mobil Ahmad (perak) dan Wyncles Kiring Tom (gangsa).

Manakala perak dalam snatch dimenangi Kiring Tom (emas) dan gangsa diraih Mohammad Syahmi Zulkiflee (Kelantan).

“Kejayaan ini amat menggembirakan kerana persiapan ke Sukma sedikit terjejas kerana mengidap demam denggi kira-kira sebulan lalu.

“Doktor juga tidak menggalakkan tetapi saya kuatkan azam mencuba dan gembira dapat menyumbangkan emas dan perak untuk Selangor,” katanya kepada SelangorKini di sini.

NAZRIN
Mohd Nazrin Bin Rusli memenangi pingat Emas acara Clean & Jerk dan pingat Perak acara snatch bagi ketegori 105kg.

Acara snatch disertai terlebih dahulu juga sedikit menjejaskan tumpuan tetapi Nazrin menguatkan tekad melakukan segalanya untuk clean & jerk dalam penyertaan Sukma terakhirnya .

“Saya dicabar hebat dan hanya berjaya pada percubaan ketiga (161 kg).

“Memang tak sangka boleh buat dan saya gembira dapat satu emas dan perak,” katanya berjaya mengatasi Adib (160 kg) dalam clean & jerk.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.