Categories
SELANGOR

Sukma2016: Selangor di landasan tepat capai sasaran

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 25 JULAI: Sasaran 48 pingat emas ditetapkan kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 ini mampu dicapai malah mungkin lebih baik daripada itu.

Dengan kebanyakan acara belum dipertandingkan serta pencapaian semasa ketika ini meletakkan Selangor pada landasan betul bagi merealisasikannya.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pencapaian Selangor setakat ini berpeluang besar bagi menepati matlamat berkenaan.

13718807_1089557024420878_1849008607630209923_n“Setakat ini kita masih pada landasan betul malah kita ada sasaran tambahan iatu 55 pingat emas.

“Walaupun agak terganggu tetapi saya percaya jika kita dapat menambah semangat dan keyakinan kepada atlet, keputusan luar biasa mampu dicatat,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Setakat petang ini, Selangor menambah satu emas menjadikan keseluruhan 18 emas dengan terbaru melalui sukan menembak dimenangi Nursyahirah Zulkifli (10m Air Rifle Wanita).

Biarpun ketinggalan berbanding tuan rumah, Sarawak kini mendahului hampir lapan emas namun Amirudin yakin ia mampu dikurangkan menerusi beberapa acara dijalankan pada lewat petang ini.

“Kita harap mampu mengurangkannya dalam beberapa acara hari ini membabitkan atlet kita seperti renang, menembak dan tenis,” katanya.

Beliau menambah, keputusan dicatat setakat ini memperlihatkan atlet Selangor merangkul jumlah pingat perak terbesar melebihi 30 mengatasi kontinjen negeri lain.

“Kita gagal menukar warna emas dalam banyak acara dan mungkin perlu dilhat kembali berkaitan faktornya.

“Namun ia memberi nafas lega kerana kebanyakan memenangi perak ini ialah peserta muda yang masih boleh bertanding pada Sukma akan datang,” katanya.

Berhubung pencapaian atlet, beliau berkata, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan menilainya sama ada mencapai sasaran atau gagal dari segi pengurusan, kejurulatihan atau terdapat faktor lain berkaitan selepas kejohanan berakhir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.