Categories
NASIONAL

Wan Azizah kekal Ketua Pembangkang – Muhyiddin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 30 JULAI : Senada dengan komponen pembangkang, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis mengekalkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Kak Wan memang Ketua Pembangkang,” katanya pada sidang media bersama Wan Azizah, dan Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengulas dakwaan kenyataan bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang membayangkan pertukaran jawatan berkenaan selepas pembentukan parti baru diumumkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, sebelum ini.

IMG_7265Muhyiddin sebelum ini dipecat daripada kabinet selepas mengkritik hebat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin kini dilihat konsisten menjalinkan hubungan kerjasama bersama gabungan pembangkang menuntut pengunduran Perdana Menteri, ekoran skandal rasuah yang terus mencemarkan imej negara.

Sebelum ini, Muhyiddin merupakan antara penggerak utama Deklarasi Rakyat: Selamatkan Malaysia yang turut dianggotai Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.