Categories
SELANGOR

Hutan Lipur Kanching destinasi ekopelancongan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Hutan Lipur Kanching yang mempunyai keunikan tujuh strata air terjun menjadi salah satu sasaran destinasi ekopelancongan di Selangor.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata setiap strata air terjun itu memiliki kolam yang cantik dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Katanya, Tourism akan memperhebatkan promosi mengikut pasaran di samping mengkaji tarikan produk yang diinginkan pelancong.

“Eko pelancongan di Selangor terus meningkat sehingga kita menerima satu projek untuk meningkatkan pelancongan di Hutan Lipur Kancing.

“Kawasan itu menjadi salah satu tumpuan pelancong asing terutama dari timur tengah untuk datang dan melihat sendiri keunikkannya,” katanya kepada SelangorKini di Majlis Rumah Terbuka Tourism Selangor di Grand Ballroom De Palma Hotel, Shah Alam, di sini, hari ini.

Puan Noorul Ashikin TourismHutan Lipur Kanching terletak di Hutan Simpan Kanching lebih kurang 2 kilometer (km) dari Templer Park.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, Noorul Ashikin berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan tahun ini bagi mencapai sasaran 7.2 juta pelancong ke Selangor.

Katanya, Tourism Selangor berjaya mencatatkan 7.1 juta pelancong tahun lalu berbanding 7 juta yang disasarkan.

“Saya berharap dengan kerja keras dari semua pihak industri dan pelancongan di Selangor dan Kuala Lumpur dapat menaikkan lagi industri pelancongan negeri ini.

“Tahun ini sahaja kita melaksanakan sembilan acara utama dan salah satunya bakal berlangsung Festival Orang Asal Sedunia pada 6 dan 7 Ogos ini,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.