Categories
SELANGOR

Pelan hala tuju fizikal desa, mekanisme selesai masalah luar bandar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OGOS : Jabatan Perancangan Bandar Desa (JPBD) negeri giat menjalankan kajian fizikal desa bagi memastikan sistem perancangan bandar di wilayah itu lebih tersusun dan konsisten.

Pengarahnya, Rizuan Arshad, berkata kajian dijalankan sejak 1 Mei lalu hingga 30 April 2017 turut memberi tumpuan kepada kajian sosial terhadap kemajuan masyarakat di luar bandar.

Beliau berkata, perancangan lebih spesifik perlu diwujudkan Kerajaan Negeri untuk merancakkan lagi pembangunan dan kepesatan pembinaan kampung tradisi di seluruh negeri.

“Kita mengenalpasti kriteria kawasan dikategorikan sebagai kawasan desa serta kajian literatur lebih terperinci.

“Kita juga mengenalpasti taburan dan lokasi kawasan desa negeri secara ‘lot based’ di tanah kerajaan atau lot persendirian dalam bentuk laporan bertulis dis0kong pelan guna tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini.

Menyambut baik saranan tersebut, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri optimis menyediakan pembangunan desa lengkap kemudahan dan fasiliti terbaik.

“Kita boleh melihat daripada sudut kepelbagaian ekonomi untuk merangka pelan tersebut secara efektif,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.