Categories
NASIONAL

Pentadbiran Najib bebankan rakyat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pemerintahan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri ternyata menyeksa rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata keadaan itu berbeza dengan pemerintahan di bawah lima Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, rakyat sebelum zaman Najib tidak dibebani dengan pelbagai cukai tidak masuk akal.

“Pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, kita semua tidak dibelenggu cukai tidak sepatutnya.

“Tetapi sekarang kita dibebani GST, ‘gasak sampai tumbang’ saban hari sebanyak 6 peratus,” katanya.

Himpunan Bantah GSTBeliau berkata demikian pada sesi pembahasan usul Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13, di sini, semalam.

Katanya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu jika Kerajaan Persekutuan mengamalkan tadbir urus baik.

“Itulah bezanya dengan Kerajaan Negeri yang menjaga kebajikan dan menyantuni rakyat dengan 21 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.