Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.0300/0350 berbanding dolar

KUALA LUMPUR 9 OGOS: Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh permintaan komersial, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.0300/0350 berbanding dolar AS, lebih tinggi berbanding 4.0350/0400 yang dicatatkan pada penutup semalam.

“Ringgit dan beberapa mata wang pasaran baharu muncul lain mengukuh pada awal dagangan di Asia juga berikutan dolar jatuh sedikit kerana pengambilan untung teknikal jangka pendek.

“Bagaimanapun, dolar AS kekal disokong oleh keyakinan peserta pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun,” katanya dipetik BERNAMA.

Ringgit juga didagangkan kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9894/9938 berbanding 2.9935/9990 semalam dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.9352/9412 daripada 3.9397/9461.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound kepada 5.2390/2471 daripada 5.2649/2730 semalam dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.4660/4732 daripada 4.4756/4820.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.