Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Rio 2016: Tiada pingat acara 10 meter platform individu

RIO DE JANEIRO, 19 OGOS: Kecederaan dialami menghalang Pandelela Rinong meraih pingat dalam acara 10 meter platform individu apabila menduduki tempat ke-11 dalam pusingan akhir di Sukan Olimpik Rio, di sini pada Khamis.

Manakala Nur Dhabitah Sabri, 17, dilihat lebih menyerlah daripada seniornya dengan menduduki tempat kesembilan mengatasi Pandelela.

Nur Dhabitah mencatat 338.00 mata, sementara Pandelela yang pernah memenangi pingat perak pada Olimpik London 2012 mengutip 330.45 mata.

China mengutip pingat emas dan perak dalam acara itu melalui Ren Qian (439.25) dan Si Yajie (419.40), manakala peserta Kanada, Meaghan Benfeito yang mengumpul 389.20 mata meraih gangsa.

Pandelela bagaimanapun berjaya menghadiahkan pingat pertama buat negara dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong.

Dalam pusingan akhir acara berkenaan, anak jati Sarawak itu turut mendapat sokongan moral daripada keluarganya untuk melihat beliau beraksi.

Pandelela mengalami kecederaan pada bahu, belakang dan pinggang sejak dua bulan lalu sebelum Sukan Olimpik berlangsung.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.