Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor-Indonesia kejar status institusi pengajian terbaik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 19 OGOS: Proses pertukaran pelajar membabitkan mahasiswa Universitas Lancang Kuning (ULK) dan Universiti Selangor (Unisel) akan diadakan sebagai usaha melebar jaringan pendidikan kedua institusi pengajian tinggi itu.

Rektor ULKS, Dr Hasnati S.H.M.H, berkata keperluan berkenaannya seiring komitmen dizahirkan universiti terbabit untuk menjadi ‘rakan’pendidikan’ berteraskan pembangunan melayu dan budayawan serantau bersama Unisel.

“Universiti ini sudah kerap menjalinkan kerjasama pendidikan bersama institusi dari Malaysia, maka ia bukan sesuatu yang baru bagi kita untuk terus mengadakan program sebegini.

“Kita harap dapat melakukan pelbagai kegiatan khususnya penelitian terhadap bidang pendidikan, kemasyarakatan dan proses pertukaran pelajar yang boleh merapatkan lagi jurang pendidikan,” katanya.

REKTORBeliau berkata demikian menerusi temu bual eksklusif SelangorKini, di pejabatnya di Riau Indonesia, semalam.

Dr Hasnati berkata, program seumpamanya mampu memberi sumbang saran kepada pertumbuhan akses pendidikan kedua negara untuk mengejar status institusi terbaik.

Pada masa sama, Dr Hasnati berkata, pihaknya terbuka menjalinkan kerjasama serantau dengan institusi pengajian di Malaysia termasuk penganjuran Seminar Malay Archipelago Postgraduate (MAPS) bersama Unisel, pada 20 dan 21 Ogos ini.

Kerjasama pendidikan berteraskan aspek budayawan itu adalah kali ketiga dilakukan membabitkan Unisel dan ULK.

Sebelum ini, ULK pernah mengadakan kerjasama pendidikan bersama beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Tun Husein On Malaysia (UTHM) dan Unversiti Teknologi Mara (UiTM).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.