Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Komited selesai isu rumah terbengkalai

OLEH NORHAYATI UMOR

IJOK, 3 SEPT: Kerajaan Negeri komited menyelesaikan masalah rumah terbengkalai yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata hal itu kerana Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan rakyat yang semakin terbeban dalam ekonomi ketika ini.

Katanya, banyak projek terbengkalai yang ditinggalkan sebelum 2008 dalam perhatian Kerajaan Negeri.

“Perkara ini bukan mudah dan kita memerlukan kerjasama dan perbincangan banyak pihak.

“Ia termasuk bank, Kementerian Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan dan pembeli,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan di Galeri Jualan Eco World, di sini.

Pada masa yang sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri terus mempertahankan dasar Rumah Mampu Milik yang dibina tidak melebihi RM 250,000.

IMG_20160903_113740_431“Saya akan terus mempertahankan hak untuk rakyat dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri mensyaratkan pemaju yang mahu melaksanakan projek perlu membina Rumah Mampu Milik dengan harga itu.

“Jika syarat dipersetujui baru kita memberi kelulusan untuk projek yang lain,” katanya.

EZY