Categories
SELANGOR

MPSepang larang penggunaan polisterin

OLEH SYASYA SUFIAN

SEPANG, 1 SEPT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menegaskan larangan penggunaan plastik dan polistirena di karnival komunitinya, pada 3 September ini.

Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Muhammad Hafiz Shaari berkata, usaha itu selaras matlamat Kerajaan Negeri menghentikan penggunaan plastik dan polistirena tahun depan.

“Kita akan memulakan langkah awal dengan berkempen dalam memberi kesedaran kepada masyarakat termasuk tidak membenarkan penggunaan polisterin di setiap program yang akan dilaksanakan.

“Selain itu, ahli majlis juga sudah dimaklumkan untuk memulakan langkah tidak menggalakkan peniaga menggunakan beg plastik juga polisterin,” katanya selepas Mesyuarat Penuh MPSepang, pada 29 Ogos lalu.

Pada masa sama, katanya, penggunaan bahan pembungkusan ‘biodegradable’ atau boleh dikitar semula akan mula digunakan secara meluas di Selangor, pada 2017.

polisterinJusteru, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertanggungjawab membuat hebahan kepada peniaga juga pembeli untuk mewar-warkan perkara itu.

“Masyarakat disaran untuk bersedia bermula dari sekarang dengan membawa beg membeli-belah sendiri bagi mengelakkan penggunaan beg plastik.

“Usaha ini diyakini mampu mengurangkan pembuangan sisa pepejal di Selangor,” katanya.

-AA-