Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ketua kampung & imam nikmati kenaikan elaun

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 OKT: Seramai 368 Ketua Kampung Tradisi, 78 Ketua Kampung Baru dan Bagan bakal menikmati elaun baru apabila elaun golongan itu dinaikkan sebanyak RM300 kepada RM1,200.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri turut mencadangkan menaikkan elaun Ketua Komuniti Kaum India sebanyak RM200.

“Kerajaan Negeri prihatin dengan peranan dan tanggungjawab digalas 368 Ketua Kampung Tradisi dan 78 Ketua Kampung Baru dan Kampung Bagan di mana Ketua Kampung merupakan pemimpin akar umbi yang dekat dengan denyut nadi rakyat dalam membantu memperjelaskan dasar Kerajaan Negeri, memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat desa.

“Kerajaan Negeri mencadangkan kenaikan elaun Ketua Kampung sebanyak RM300 kepada RM 1,200 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta.

“Kerajaan Negeri memperutukan sejumlah RM3.96 juta bagi membiayai kenaikan elaun,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selagor, di sini, hari ini.

Selain itu, turut tidak ketinggalan seramai 734 imam turut menerima kenaikan elaun kepada RM1,300 sebulan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.96 juta.

EZY