Categories
SELANGOR

50 keluarga India terima sumbangan MBPJ

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 18 NOV: Seramai 50 keluarga India terpilih yang berdaftar di bawah program Pembangunan Komunit Bandar (PPKB) menerima sumbangan baucar RM200 daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Anuar berkata, penerima sumbangan terdiri daripada penduduk sekitar seliaan MBPJ yang berpendapatan rendah antaranya PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang dan Desa Mentari.

“MBPJ memberi sumbangan berupa baucar membeli belah daripada bahagian Khidmat Komuniti dan Pembangunan Modal Insan serta barangan keperluan harian bagi membantu meringankan beban dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.

“Program ini juga tanda keprihatinan majlis kepada penduduk kawasan Petaling Jaya khususnya untuk mendekati serta membantu keluarga berpendapatan kurang RM2,000 seisi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Jamuan dan Penyampaian Sumbangan sempena Sambutan Deepavali MBPJ, di Dewan Banquet, di sini, hari ini.

Dijangka lebih 500 tetamu hadir meraikan sambutan Deepavali peringkat MBPJ kali ke-14 itu.

-AA-