Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Denda RM1000 jika peniaga langgar syarat pembaharuan lesen penggunaan plastik 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 DIS: Denda maksima sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap peniaga yang melanggar syarat pembaharuan lesen sekiranya didapati menggunakan plastik, bermula 2017 ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, peniaga di negeri itu tidak lagi dibenarkan untuk membekal bekas makanan polisterina serta pemberian beg plastik secara percuma kepada pembeli.

“Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan caj penggunaan beg plastik pakai buang pada kadar RM0.20 bermula 1 Januari ini dan penggunaan polisterina dilarang sepenuhnya.

dsc_0709“Pada masa sama, kami menetapkan syarat pembaharuan lesen sekiranya wujud pelanggaran penggunaan beg plastik yang boleh dikenakan denda maksima RM1,000,” katanya pada sidang media pelancaran Selangor #BebasPlastik 2017 di Lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menerusi Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan menetapkan kajian dasar tersebut dibuat bagi menggalakkan peniaga tidak lagi menggunakan beg plastik.

Bagaimanapun, katanya, wujud pengecualian terhadap beberapa komponen barangan niaga tertentu yang membolehkan penggunaan beg plastik digunakan.

“Ini termasuk barangan jenis makanan dan tumbuh-tumbuhan, produk ubat-ubatan, hidupan akuatik, makanan daging mentah, makanan untuk haiwan yang dipallet, sayur-sayuran dan bijih benih yang tidak dibungkus,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menetapkan setiap Sabtu sebagai hari pengecualian penggunaan beg plastik, sejak pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun bagi tahun 2017, tempoh tersebut dipanjangkandengan menetapkan tujuh hari seminggu sebagai hari bebas plastik di Selangor.

-NFN-